Myvi 2017 ( Generasi ke 3 )
Model Myvi merupakan kereta segmen B keluaran Perodua yang sebelum ini merupakan kereta paling laris di Malaysia sejak tahun 2006 sehinggalah kemunculan model Perodua Axia yang mengambil alih tahta tersebut mulai tahun 2014.
Sehingga ke hari ini sudah ada lebih dari 850K buah kereta Myvi di jalanraya dan Perodua mensasarkan Sejuta buah Myvi sebelum penghujung tahun 2017 nanti.
Perodua Myvi yang ada dipasaran ketika ini merupakan model generasi ke-2 yang dilancarkan pada tahun 2011. Ini bermakna sudah tahun ke lima ia berada dipasaran dan sudah sampai masanya ia diganti dengan model baru.
Kereta Perodua Myvi baru generasi ke-3 ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2017 atau awal tahun 2018
Sekiranya Perodua memilih untuk meneruskan kesinambungan model Myvi, maka dengan pelancaran model Passo/Daihatsu baharu ini akan menjadi model rebadge model baru kereta Perodua Myvi generasi ke-3 pastinya proses pembangunan sudah pun bermula.
Namun seperti yang kita semua sedia maklum, pasti jurutera Perodua akan membuat sedikit perubahan rekabentuk terutama bahagian hadapan dan belakang bagi menjadikan ia lebih segar dan berbeza untuk pasaran Malaysia.
Perodua Myvi generasi ke-3 ini juga mugkin akan dikenali dengan kod D20N mungkin tidak akan menggunakan enjin dan spesisifikasi yang serupa dengan Passo/Boon kerana seperti yang kita ketahui, Myvi dikuasakan oleh enjin 1.3L dan 1.5L.
Namun yang menariknya, mungkin juga ia merupakan model pertama Perodua yang akan menggunakan sistem bantuan pengelak kemalangan Smart Assist II yang sebelum ini telah diwartakan menjadi kit keselamatan wajib untuk setiap kereta di Malaysia mulai tahun 2020.
Diharapkan juga Perodua mengekalkan kesemua ciri-ciri keselamatan yang lain agar Myvi Baru ini lebih selamat serta berkualiti tinggi dan pada tanda harga yang lebih rendah!

Mungkinkah begini rupabentuk Myvi 2017 (3rd Generation) - gambaran oleh theophiluschin.com
Perodua Myvi generasi ke-3 ini juga mugkin akan dikenali dengan kod D20N mungkin tidak akan menggunakan enjin dan spesisifikasi yang serupa dengan Passo/Boon kerana seperti yang kita ketahui, Myvi dikuasakan oleh enjin 1.3L dan 1.5L.
Namun yang menariknya, mungkin juga ia merupakan model pertama Perodua yang akan menggunakan sistem bantuan pengelak kemalangan Smart Assist II yang sebelum ini telah diwartakan menjadi kit keselamatan wajib untuk setiap kereta di Malaysia mulai tahun 2020.
Diharapkan juga Perodua mengekalkan kesemua ciri-ciri keselamatan yang lain agar Myvi Baru ini lebih selamat serta berkualiti tinggi dan pada tanda harga yang lebih rendah!
Ulasan
Catat Ulasan