Model Myvi merupakan kereta segmen B keluaran Perodua yang sebelum ini merupakan kereta paling laris di Malaysia sejak tahun 2006 sehinggalah kemunculan model Perodua Axia yang mengambil alih tahta tersebut mulai tahun 2014. Sehingga ke hari ini sudah ada lebih dari 850K buah kereta Myvi di jalanraya dan Perodua mensasarkan Sejuta buah Myvi sebelum penghujung tahun 2017 nanti. Perodua Myvi yang ada dipasaran ketika ini merupakan model generasi ke-2 yang dilancarkan pada tahun 2011. Ini bermakna sudah tahun ke lima ia berada dipasaran dan sudah sampai masanya ia diganti dengan model baru. Kereta Perodua Myvi baru generasi ke-3 ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2017 atau awal tahun 2018 Sekiranya Perodua memilih untuk meneruskan kesinambungan model Myvi, maka dengan pelancaran model Passo/Daihatsu baharu ini akan menjadi model rebadge model baru kereta Perodua Myvi generasi ke-3 pastinya proses pembangunan sudah pun bermula. Namun seperti ...
Ulasan
Catat Ulasan